Perkhidmatan penyelidikan hadith berikhtisas — semakan autoriti sumber, analisis sanad & matan, serta bimbingan akademik. Berlandaskan integriti ilmiah dan piawaian metodologi yang diiktiraf.
Hadith Berjaya Disemak
Klien Mempercayai Kami
الإِسْنَادُ مِنَ الدِّينِ، وَلَوْلَا الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ
“Sanad itu sebahagian daripada agama. Tanpa sanad, sesiapa sahaja boleh berkata apa sahaja yang ingin dia kata”— ʿAbdullāh ibn al-Mubārak
Kami faham kesuntukan masa anda. Usaha memastikan kesahihan fakta bukanlah mudah — ia menuntut kepakaran khusus dan masa yang bukan sedikit.
Jangan biarkan kualiti kandungan anda terjejas gara-gara rujukan yang meragukan. Kami di sini demi memperkukuh kewibawaan setiap kandungan yang anda persembahkan.
Metodologi penyelidikan hadith yang ketat dan profesional, selaras dengan piawaian akademik masa kini.
Setiap data dan kandungan penyelidikan anda terjaga selamat serta dikendalikan dengan penuh amanah.
Laporan verifikasi dalam tempoh yang efisien tanpa menjejaskan kualiti dan ketepatan analisis.
Semakan mendalam merangkumi autoriti sumber, analisis sanad dan teks bagi ketepatan fakta yang jitu.
Bimbingan akademik dan khidmat nasihat daripada pakar berkelayakan untuk mengukuhkan projek anda.
“Kami tak cari yang sekadar nak tahu, kami cari siapa nak guna”
Sekadar nak rujukan pantas untuk tahu status hadith ? Just buka Google, search web carian hadith dan tutup. Anda bukan orang yang kami cari.
Tapi kalau anda nak guna hadith untuk kandungan dan penulisan anda, itu memang niche kami.
Perkhidmatan THL berdiri sepenuhnya di atas tenaga manusia yang terlatih dalam penyelidikan hadith — bukan hasil analisis kendiri daripada enjin carian, mahupun janaan AI.
Algoritma boleh berhalusinasi.
Manusia Teguh Berintegriti.
| THL | Carian Kendiri MyHadith · Dorar · SemakHadis.com | AI Generatif Gemini · ChatGPT | |
|---|---|---|---|
| Siapa analisis? | Penyelidik manusia terlatih dan berpengalaman luas | Pengguna sendiri | Algoritma AI |
| Sokongan Bahasa | Bahasa Melayu | Majoriti Bahasa Arab | Majoriti Bahasa Arab |
| Analisis Rijal & 'Ilal | Penuh, bersama tarjih ulama | Perlu usaha kendiri | Perlu rujukan silang sendiri |
| Boleh disitasi dalam tesis? | Laporan berformat akademik | Sumber rujukan umum sahaja | Sumber rujukan umum sahaja |
| Masa yang pengguna perlukan | Sifar usaha, kami uruskan segalanya | 1-2 jam / hadith | 5-10 min / hadith |
Laporan yang boleh dilampirkan terus ke tesis, jurnal, artikel atau apa sahaja kandungan media anda.
Setiap laporan disertakan Sijil Autentikasi Digital dengan QR — keasliannya boleh disahkan sesiapa sahaja, bila-bila masa.
| Aspek | THL | MyHadith JAKIM | Dorar.net | SemakHadis.com | Gemini / ChatGPT |
|---|---|---|---|---|---|
| Jenis Perkhidmatan | Perkhidmatan profesional dengan laporan mengikut piawaian akademik | Enjin carian awam | Ensiklopedia hadith | Semakan status pantas | AI generatif |
| Sumber Analisis | Pakar penyelidik terlatih dalam bidang penyelidikan hadith | Pangkalan data statik | Pangkalan data statik | Pangkalan data statik | Corpus latihan web (data internet) |
| Kedalaman Analisis | Kompleksiti sanad, analisis perawi dan matan yang lengkap | Status sahaja dan ulasan ringkas | Status dan ulasan ringkas | Status dan ulasan ringkas | Sintesis AI, risiko halusinasi |
| Sokongan Bahasa dan Laras Akademik | Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dengan house style hadith | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu, house style hadith belum matang |
| Analisis Rijal & 'Ilal | Lengkap, analisis percanggahan pendapat al-Jarh wa al-Ta'dil dan kajian 'ilal serta tarjih Muhaddithin | Sebutan perawi pertama, tiada analisis dan tarjih | Sebutan perawi pertama, tiada analisis dan tarjih | Sebutan perawi, analisis ringkas dan pendapat Muhaddithin | Tidak boleh dipercayai |
| Sedia Disitasi (Tesis / Jurnal) | Format akademik lengkap, sedia untuk dilampirkan | Sumber rujukan pantas sahaja | Boleh, tapi kurang berwibawa secara nilai akademik | Rujukan awam sahaja | Tiada autoriti |
| Tenaga & Masa | Tenaga penyelidik sepenuhnya | Pantas, sumber terhad | Pantas, sumber terhad | Pantas, sumber terhad | Pantas, risiko halusinasi |
| Nilai Reliability | Pakar penyelidik terlatih secara profesional | Autoriti rasmi, namun tidak personal | Bergantung kemahiran kendiri, Bahasa Arab sepenuhnya | Bergantung kemahiran kendiri | Bergantung pada kemahiran prompt & pengetahuan asas pengguna |
| Sasaran Pengguna | Semua peringkat, asatizah, akademia, awam, content creator, influencer | Orang awam | Individu faham Arab sahaja | Orang awam | Orang awam |
"Carian memang percuma. Tetapi nilai kewibawaan yang bersandarkan autoriti — itu yang tak datang percuma."
Hadith Sahih, Fakta Sahih — ditentusahkan oleh kecerdasan manusia, bukan algoritma.
"Pengalaman berurusan dengan Takhrij Hadith Lab amat memuaskan. Responsif, teliti, dan sangat berpengetahuan dalam bidang rijal. Laporan yang diberikan memenuhi piawaian akademik tertinggi."
"Dulu saya ambil masa lama untuk fact-check hadis sebelum shooting. Selepas guna servis ini, proses kerja saya jadi 2x lebih laju!"
"Khidmat takhrij yang sangat teliti dan profesional. Sangat membantu dalam menyaring rujukan untuk kitab terbaru saya."
"Cepat, tepat, dan amanah. Saya sudah menggunakan khidmat ini berkali-kali."
"Mendapat bimbingan yang sangat berharga untuk tesis PhD saya. Metodologi yang dijelaskan sangat jelas dan mudah diikuti."
Pernah menggunakan perkhidmatan kami?
Kongsikan pengalaman anda bersama kami — pandangan anda amat bermakna buat kami.
Artikel & catatan penyelidikan terkini daripada pakar kami.
Memuatkan wacana terbaru...